Wednesday 14 March 2012

tahu tak kenapa hawa diciptakan sewaktu ada sedang tidur??hmm..*thinking~

Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur


Dikatakan bahawa seorang lelaki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.


Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).

Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.

Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Kedokteran modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.

Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.

Friday 27 January 2012

inilah yang aku inginkan~

moga2 apa yang diri hajatkan akan tercapai...Insya'Allah~

INDAH PENCIPTAAN ADAM DAN HAWA


Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Hawa dijadikan oleh ALLAH S.W.T di saat Adam a.s tidur? Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci, manakala wanita sebaliknya.
Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak  dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi qalbu (hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, "jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya." Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.
Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.



Thursday 26 January 2012

ingatlah wahai hawa


Apabila kamu berkawan dengan lelaki, ingatlah...ada dua pilihan yang terbentang
pertama....kamu jadi seperti kelapa..mudah di perolehi..di parut..di perah..dan di ambil santannya..lepas itu hampasnyadi buang..
Yang kedua...kamu menjadi sebutir mutiara..berada di dasar lautan..tersimpan rapi..di lindungi kulit..bukan senang nak melihat..apatah lagi mendapatkannya..hanya orang yang bertuah..berusaha menyelami dasar lautan..dapat memperolehinya. .harganya mahal sekali..dan ia akan tersimpan selamanya
Jadi.....kamu pilihlah samada hendak menjadi kelapa ataupun mutiara?di sebalik santan menjadi penyedap makanan diperah segala kenikmatan dengan mudah jatuh menjadi titisan akhirnya habis kari dimakan pulut panggang sisa habis di telan..dan santan hilang tak jadi ingatan yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..orang tak kenang jasa santan..
Mutiara..tertanam di dasar yang paling dalam sukar andai mengharap jadi perhatian kerana ia dilapisi kulit yang kerasmenghadang..namun kiranya di temui insan..akan menjadi permata hiasan..terletak tinggi di cincin idaman atau di leher nanjinjang atau di lengan menawan makin lamamutiara tertanam makin tinggi nilaian..
Oleh itu..tentukan yang mana satu pilihan menjadi santan mudah jadi perhatian tapi hanya sebentar jadisantapan kemudian hilang segala nikmat dan pujian..menjadi mutiara sukar di temukan namun bila di hias indah gadis perawan hilang ia...tangisan mengiringi berzaman

ingatlah wahai adam

Imam Nawawi pernah berkata "Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu dari dirimu, maka hilanglah cintaku padamu." aku harus mencintai insan yg mencintai agamanya, di dalam hatinya telah terisi dengan iman dan dia mampu membimbingku ke jalan Ilahi.

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik." [Surah al-Nur, ayat 26]

" Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara : Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkanmu." (Riwayat Muslim).

Monday 23 January 2012

indahkan:)

Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga. ♥

Sunday 22 January 2012

......

Bagaimana mahu masuk syurga.....
Kalau hati berkarat dosa....
kalau iman tiada di dada....
kalau taqwa hanya dikata..

Bagaimana mahu masuk syurga.....
Kalau suka berburuk sangka....
Kalau perasaan menjadi raja.....
Kalau kalah bila di duga..

Alhamdulillah....
Perkongisan bersama sahabat...
telah menjentik hati....
hati yang amat inginkan syurga ALLAH....
hati yg impikan kesenangan yg abadi....
hati yg mengangankan kejayaan yg hakiki.....

namun.....
hati ini silap....
kerana......syurga yang dicari bukanlah sebarang syurga...
bukan syurga dunia....
tp...syurga ALLAH.....
syurga yang amat menuntut pengorbanan dari bakal2 penghuninya....
pengorbanan jiwa...pengorbanan nyawa...pengorbanan nafsu....
demi untuk mendapatkan syurga ALLAH....

kadang-kadang terfikir...
layakkkah diri untuk menempah tempat di syurga ALLAH???
jika hati sentiasa berpenyakit....
hati sering dimanja....
nafsu sering menjadi raja.....

jika dilihat....umat2 islam terdahulu....
Bilal bin Rabah rela dadanya dihempap batu dan diseret demi ALLAH YANG SATU!
Masyitah...rela direbus hidup-hidup dalam minyak mendidih kerana ALLAH YANG SATU!
Sumaiyyah relaa keluarganya dibunuh dan dirinya rela dihunus tombak demi ALLAH YANG SATU!
Ituah perjuangan2 insan yang memburu syurga ALLAH....
Mempertaruhkan nyawa demi ALLAH YANG SATU....

Begitu juga dengan saudara2 palestin kita...
Bergadai nyawa....
berbekalkan batu dan kalimah keramat...
ALLAHU AKBAR!
melawan peluru berpandu.....
demi ISLAM TERCINTA.....

Tapi kita.....
hidup dalam kesenangan...kemewahan...
dan...kebebasan beragama....
musuh utama kita xterzahir....
namun....
musuh itu sentiasa menyerang kita setiap hari.....
bersemadi dalam diri berkurun lama....
NAFSU.........

MUSUH UTAMA KITA NAFSU.....
bagaimana nak tundukkan nafsu....
semailah QANA'AH dalam diri....
sentiasa didik hati supaya bersyukur dengan setiap pemberian ALLAH....
Sentiasa cukupkan diri dengan setiap nikmat dari ALLAH....
Walaupun diberi kesakitan dan kesusahan...
ia adalah 1 nikmat dari ALLAH....
kerana...disebalik semua itu....
ada sesuatu yang lagi berharga....
dan...bajailah sifat kebergantungan pada ALLAH....
kerana....
tanpa kasih ALLAH...
kita xmungkin dapat hidup seperti sekarang....

Jika inginkan syurga ILAHI....
Bajailah TAQWA dalam diri....
bukan setakat dibibir meniti...
tapi teguhkan ia di hati....

Jika inginkan kejayaan yang abadi....
Berusahalah sebelum mati.....
Walau dunia menyeksa diri....
Kesenangan akhirat..insyaALLAH menanti.....

Syurga tidak akan datang tanpa taqwa...
Taqwa tidak akan datang tanpa rasa takut...
Takut tidak akan datang tanpa yakin....
Yakin tidak akan datang tanpa percaya...

Percaya tidak akan datang tanpa ilmu...
Ilmu tidak akan datang tanpa usaha....
Usaha tidak akan datang tanpa impian........
kerana....
dengan impian itulah...
kita akan berusaha mencari jalan....
untuk merealisasikan impian tersebut....

Sama-sama kita memperbaiki diri menjadi soldiers of ALLAH...walaupun tidak berpeluang berperang dgn israel seperti saudara2 palestin....tapi...kita tetap boleh jadi soldiers of ALLAH...dengan berperang...melawan nafsu sendiri....insyaALLAH...