Friday 25 November 2011

~kiSah RumPut & oRg yG KitA SaYanG..~

Pada suatu pagi di sebuah sekolah ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat cikgu?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas. Kemudian, kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok.Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.


Moral of the story :


"Sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas...Jangan terlalu mencari kesempurnaan kerana Sesungguhnya kita juga tidak sempurna..."

:-)

~pELiK~

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH. APA LAH NAK JADI. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT.

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL :)

♥•♥•♥ NASIHAT BUAT ADAM ♥•♥•♥

★═══════ ●❤● ═══════★★══════ ●❤● ══════★★══════●❤●
(¯`•.¸ღ Wahai kaum ADAM sekalian, kalau nak merempit pun merempit lah seperti Khalid al-Walid...merempit bersama kudanya dalam memperjuangkan Islam.

... (¯`•.¸ღ kalau nak jadi samseng pun nak bergusti pun, boleh je tapi jadilah samseng yang "bermaruah" seperti saidina Umar yang menjadi samseng menentang samseng2 kufar.

(¯`•.¸ღ kalau nak jadi lelaki romantis pun, boleh je tapi janganlah beromantis dengan yang bukan mahram..jadilah romantik seperti Rasululllah s.a.w.. Romantiknya baginda bersama Aisyah dan isteri baginda yang lain2.

(¯`•.¸ღ kalau nak menangis pun,janganlah menangis disebabkan perempuan yang tiada kaitan denganmu..menangislah kerana Allah, kerana tidak mampu menjalankan tanggungjawab menjadi mukmin sejati..wallahua'lam..
★═══════ ●❤● ═══════★★══════ ●❤● ══════★★══════●❤●

Thursday 3 November 2011

saja2..

.
⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫ ✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿
* _Π_____* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ
/______/~\ ˚ SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN ✰* ★
| 田田 |門| ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥
[ saya minx maaf ya law ada slh slp saya at kowank nah .. manusia xlri dri melakukan kesilapan .. ampun kan slh aya yew .. syg kowank .. ] ♥ ♥

cara meleraikan nafsu..

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W melihat seorang wanita, lalu baginda mendatangi Zainab, isteri Baginda yang sedang menyamak kulit miliknya. Kemudian Rasulullah S.A.W memenuhi keinginan Baginda. Setelah itu, Baginda keluar kepada para sahabat, lalu kemudian baginda bersabda:

"Sesungguhnya wanita itu bila dilihat daripada depan dan belakang tampak memikat kerana ada pengaruh Syaitan. Apabila seseorang itu melihat lalu terpikat, maka segeralah pulang untuk menyetubuhi isterinya, kerana itu dapat meleraikan nafsunya." - Hadis riwayat Muslim (no: 1403)

Hadis ini mengisahkan kisah Rasulullah S.A.W di mana pada suatu ketika Baginda terlihat seorang wanita daripada jarak jauh dan kemudian dirinya khuatir (Padahal Baginda ma'sum) terjerumus kepada sesuatu. Baginda sangat kagum melihat wanita tersebut, dan Baginda juga berasa sesuatu yang berbentuk perasaan suka.

Baginda kemudiannya pulang ke rumah dan bertemu isteri baginda Zainab , dan ketika itu isteri Baginda sedang menyamak kulit. Namun, Rasulullah S.A.W tidak bergegas meleraikan nafsunya akan tetapi beliau menunggu sehingga si isteri selesai daripada pekerjaannya. Setelah selesai barulah kedua-duanya memenuhi hajat masing-masing.

Setelah itu Baginda keluar menemui para sahabatnya dan bersabda seperti yang di atas yakni Baginda berusaha untuk menolak dan mencegah munculnya godaan syaitan yang ditujukan padanya.

Hal ini samalah seperti nikah. Mengapa disyariatkan untuk bernikah? Nikah disyariatkan kerana ia merupakan sesuatu yang wajib bagi orang yang memerlukannya, kerana khuatir mereka terjerumus ke lembah zina.

Rasulullah S.A.W tidak melihat wanita tersebut dengan sengaja dan perasaan suka tersebut hanya terlintas secara tidak sengaja.

Oleh sebab itu Allah memerintahkan kaum lelaki dan wanita untuk menundukkan pandangan serta menjaga kemuliaan diri.

Firman Allah: "Katakanlah kepada lelaki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memlihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan."

"Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka perlihatkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak padanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara mereka , atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam..." -An-Nur

Sesungguhnya Syaitan mendatangi kaum lelaki darpada depan dan juga belakang. Jikalau daripada depan Syaitan memperdayakan lelaki pada wajah dan payudara kaum wanita manakala daripada belakang Syaitan memperdayakan kaum lelaki pada pinggul dan kemaluannya.

Syaitan mempunyai pelbagai taktik kotor untuk memperdayakan manusia. Oleh sebab itu kita harus berusaha melawan godaan Syaitan yang sebenarnya akan membawa kepada kehancuran buat kita. Wallahualam.

adakah istilah ringan 2dalam dosa

Seiring dengan usaha kita membina kekuatan iman bersulam taqwa, wujud pula penghasut paling bahaya iaitu syaitan. Ia tidak pernah berputus asa membisikkan keraguan ke dalam hati kita. Di samping mengaburi mata kita dengan tipu dayanya. Untuk itu, kita perlu kenal pasti laluan syaitan ketika memperdayakan akidah, kepercayaan, pegangan dan keyakinan kita.

Apabila kita amati puncanya, dapatlah diketahui bahawa hasutan syaitan itu banyak menyusup melalui pandangan dan renungan mata!

Kenapa pula pandangan mata perlu dipersalahkan?

Bahaya Panahan Mata Syaitan

Sesungguhnya pengaruh penglihatan itu sangat kuat.

Kuat sangat ke?
Memang kuat!

Kerana ia dikaitkan dengan desakan nafsu. Sebab itulah Rasulullah mengumpamakan pandangan mata seperti anak panah beracun iblis untuk menggoda manusia. Setiap masa pandangan mata mesti dijaga. Sama ada terhadap mereka yang menutup aurat mahupun yang tidak menutup aurat.

Telah berlaku di zaman Rasulullah, ketika Al-Fadhl bin Abas menunggang unta Rasulullah dalam perjalanan dari Muzdhalifah ke Mina, mereka bertembung dengan beberapa wanita yang menaiki unta. Al-Fadhl memandang ke arah wanita itu lalu Rasulullah memegang kepala Al-Fadhl dan memalingkannya ke arah lain.

Begitu sekali larangan yang Rasulullah maksudkan. Jika pandangan itu dibolehkan tanpa batasan, sudah tentu Rasulullah biarkan saja perlakuan Al-Fadhl.

Rasulullah juga pernah bersabda kepada Saidina Ali :

"Wahai Ali, janganlah engkau susuli satu pandangan dengan satu pandangan lagi, kerana yang pertama menjadi bahagianmu dan yang kedua bukan lagi menjadi bahagianmu (dosa atasmu)." (HR Ahmad, Al-Tirmidzi dan Abu Daud)

Jadi?

"Jika mata sentiasa dikawal, sudah tentu hati akan jadi tenang. Mudahlah melaksanakan ketaatan dan beribadah kepada Allah. Sebaliknya, mata yang dibiarkan MELIAR dan tidak dijaga akan mengotori jiwa dan merosakkan hati hingga menjerumuskan kepada kemungkaran."

Urusan mengawal pandangan ini tidak hanya di kalangan lelaki sahaja. Dituntut sama sahaja buat perempuan juga. Malahan perlu berlaku kerjasama kedua-dua pihak. Tidak satu pihak menjaga tatatusila, sedangkan satu pihak lagi menggoda. Perkara ini mesti diberi perhatian serius!

Ibnu Abas pernah berkata :

"Kedudukan syaitan dalam diri orang laki-laki itu ada tiga tempat iaitu, pada pandangannya, pada hatinya dan pada ingatannya. Manakala kedudukan syaitan dalam diri wanita juga ada tiga iaitu pada lirikan matanya, pada hatinya dan pada kelemahannya."

Pandangan Yang Tidak Sengaja Bagaimana Pula?

Rasulullah ketika ditanya mengenai pandangan yang tidak disengajakan atau secara tiba-tiba, baginda memerintahkan supaya mengalih pandangan dan mengelak daripada mengulanginya lagi. Kesan pandangan kedua akan lebih buruk kerana iblis mengambil kesempatan menambahkan racun hasutannya.

Rasulullah juga ada bersabda :

"Pandangan mata itu laksana anak panah iblis. Barang siapa menahan pandangannya dari keindahan wanita, maka Allah mewariskan kelazatan di dalam hatinya yang dia dapat rasakan hingga dia bertemu Allah."

Jelingan dan kenyitan mata akan mempelawa hati mendorong perlakuan lebih berani.

Bagaimana ye?

Bersentuhan berlapik, menginjak kepada tidak berlapik. Kemudian berpegangan tangan dan berdua-duaan di tempat terang dan juga sunyi boleh mengundang berlakunya maksiat. Sentiasalah memelihara diri kita daripada melakukan perbuatan yang dimurkai Allah.

Pastikan orang lain tidak menanggung dosa atau terdorong untuk turut melakukan dosa. Jika kamu tidak menggoda, pasti orang lain tidak ternoda. Jagalah pakaian ketat dan cara pergaulan kamu. Tepati maksud firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2 :

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa. Dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah sangat berat seksa-Nya."

Pergaulan Yang Tidak Dijaga

Dengan batas-batas pergaulan itu kita dapat mengawal diri daripada perlakuan yang memalukan dan membahayakan kehormatan. Pergaulan yang tidak dijaga akan menimbulkan fitnah seperti pandangan buruk dan rasa cemburu orang yang memandang.

Kemesraan bergurau senda dan bergelak ketawa antara lelaki dan wanita bukan muhrim akan diambil peluang oleh syaitan untuk menjerumuskan kita kepada perbuatan yang tidak disukai oleh Allah. Jika keluar berdua-duaan lebih-lebih lagi di tempat sunyi dan tersembunyi akan mengundang pihak ketiga iaitu syaitan. Di sini syaitan berpeluang membisikkan kata-kata jahat.

Islam sama sekali tidak mengongkong umatnya! Bahkan Islam adalah agama yang paling selamat. Justeru Islam telah mengatur sebaik-baik batasan supaya jangan timbul bibit-bibit yang mendorong kepada perlakuan sumbang dan zina.

Dari itu, ingatilah amaran Nabi Muhammad kepada wanita dan lelaki bukan muhrim yang tidak menjaga batas pergaulan.

"Sesungguhnya Allah telah menetapkan atas diri anak Adam bahagiannya daripada zina. Dia mengetahui yang demikian itu dan tanpa dimungkiri :

Mata itu berupaya berzina dan zinanya adalah pandangan.
Lidah itu berupaya berzina dan zinanya adalah perkataan.
Kaki itu berupaya berzina dan zina adalah ayunan langkah.
Tangan itu mampu berzina dan zinanya adalah tangkapan keras.
Hati itu berupaya berkeinginan dan berangan-angan.
Sedangkan kemaluan membenarkan atau mendustakan yang demikian itu."
(HR Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa'i dan Abu Daud)

Berhati-Hatilah Sahabatku!

Laraskan hati kalian di landasan kebenaran. Sesungguhnya hati yang terpelihara dari menjurus kepada sebarang keburukan sentiasa mendorong pemiliknya kepada keredhaan Ilahi. Akhirnya layak beroleh kebahagiaan hakiki lagi abadi.

Tidak ada istilah "ringan-ringan" dalam soal dosa. Dan tidak ada istilah "ringan-ringan" dalam berzina. Setiap perbuatan dosa adalah berat di sisi Allah. Dosa kecil yang diulang-ulang akan bertompok menjadi besar.

Wahai kedua mata, kau nikmati pandangan lalu kau susupkan kepahitan ke dalam hati. Hatilah yang memaksakan kehendaknya, kerana hati dan mata tidak tunduk kepada Pencipta.