Tuesday 27 December 2011

::tazkIraH::

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

::tazkIraH::

Untuk HAWA,
apabila lelaki mengatakan dirimu, seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk di dekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya jua.

Untuk ADAM,
mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu, bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam ISLAM..

Thursday 8 December 2011

::~doa buat si dia~::

 بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

ya Allah..jika aku jatuh cinta ya Allah..
cintakanlah aku pada sesorang yang
melabuhkan rasa cintanya padamu..
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu...

ya Muhaimin..jika aku jatuh hati ..izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut
padamu..agar tidak terjatuh aku ke dalam ke dalam
kehinaan cinta maksiat..ya allah..

ya Rabbi..jika aku jatuh hati ..jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada hatimu ya Aziz..

ya Rabbal 'Izzah..jika aku rindu..rindukanlah aku kepada
seseorang yang merindui zat dah keindahanmu..ya Ghaffur..

ya Allah..jika kau halalkan aku merindui kekasihmu..
jaganlah biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan batas sehingga melupakan dirimu
dan kekalkan hatiku merinduimu..Amin~::

Wednesday 7 December 2011

Ya Allah.. :'(

Aku selalu menegur, tapi begitu pantang ditegur.
Aku selalu menasihati, tapi begitu payah untuk dinasihati.
Aku banyak berdosa, tapi jarang benar mengingatkan dosa.
Aku banyak melakukan maksiat, tapi masih diriku suka pada kemaksiatan.
Aku bencikan penipu, tapi aku juga adalah seorang penipu.
Aku bencikan musuh Islam, tapi aku jugalah yang merosakkan Islam.
Aku acapkali menangis, tapi tangisanku itu hanyalah kepura-puraan.
Aku acapkali melaungkan kebaikan, tapi aku sendiri tidak mengikutinya.”

Aku mungkin nampak mulia di hadapan mata manusia, tapi akulah yang terpaling hina di hadapan Allah:(

Muhasabah diriku kmbali...

~wahai wanita~::~(0_o)~

ya ALLAH

mengapa wanita sering menangis?

Jwbnya:

KARENA wanita itu unik.

☑Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa"
☑KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,"
☑KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,"
☑KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,"
☑KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,"
☑KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,"
☑KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,

walau disakiti oleh orang yang ia sayangi Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis .. itu karena
☑KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

"WANITA..KAMU ISTIMEWA"

Saturday 3 December 2011

SOAL JAWAB

~ Hukum Beri Salam Ketika Sedang Makan ~

S : Apa hukum memberi salam kepada orang yang sedang makan?

J : Menurut sarjana fikah, makruh memberi salam kepada orang yang sedang makan atau minum.

(rujukan Kitab Fidh Al-Islamiy juz 3 m/s 578)

Amalkan~


Doa ini adalah doa dari sunnah Nabi s.a.w. (sifat solat Nabi) yang semakin dilupakan. Bacalah doa ini setelah membaca tasyahud akhir dan sebelum salam. Supaya kita dilindungi dari fitnah dajal .

kelebihan WANITA

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

sumpah SYAITAN kepada WANITA

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya,maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

Subhanallah~

Disebuah restoran mahal..

Seorang gadis bertudung makan seorang diri...
tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah..

✿ Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :
"gadis kampung mana pulak datang restoran mahal cmne pastu makan guna tangan pulak tu...ne mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.."

✿Seorang anak muda pulak menyampuk:
"ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...."

✿Seorang lagi berkata :
"eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ne..."..

Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu...

Lelaki tu berkata:
✔Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.
✔Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu
✔Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor"

Sanggupkah?

ustaz:kenapa kamu bercouple dengan dia???
remaja:sebab saya cintakan dia la ustaz.
ustaz:apa jadi kalau kamu tak couple dengan dia?
... ...
remaja:saya rasa hidup saya tak bermakna ustaz. saya sanggup mati utk dia.
ustaz: boleh kamu tutup hidung dan mulut kamu untuk 15 minit?
remaja: ustaz ni gila ke? mati la saya kalau macam tu.
ustaz: ISLAM itu ibarat oksigen kepada manusia...tanpanya, kamu akan mati...
bukankah ALLAH telah buktikan cinta NYA kepada seluruh manusia...
#kamu sanggup mati utk cinta manusia, tapi sanggupkah kamu mati utk pencipta cinta itu???

~Bismillah~

seandainya seseorang telah berbudi kepada kita yang tak mampu kita balas,
seumur hidup kita kenang, seumur hidup kita berterima kasih..
walaupun ia cuma sekali~

tetapi, kita sedar atau tidak?
Allah SWT telah mengurniakan kita nikmat yang berpanjangan setiap saat yang berlalu dalam hidup kita..

"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat(hikmah) Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
[QS; 31:27]

namun, bagaimana kita merespon dan berterima kasih kepadaNya?
tanyakan dirimu wahai insan..


~na'uzubillah~

Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 ...minit untuk baca note ini . 3 minit je, tak lama pun ..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya t...inggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Imam tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin .. Moga bermanfaat . Assalamualaikum.

~tafsiran ayat2 Allah~

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2.

“Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”surah al-Baqarah: 155

' Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). 'Al-Baqarah:214

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Surah Al-Baqarah, ayat 286

Hadis..

•❤•Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat....
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab....
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq....
... 4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat....
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur...."

•❤•Jadi mencintailah hanya kerana ALLAH...menyayangi kerana ALLAH...saling membahagiakan kerana ALLAH kerna hanya ALLAH-lah yang menimbulkan masa cinta,kasih sayang dan kebahagian tersebut....

•❤•Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH....

•❤•"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

•❤•Bila cinta kerana ALLAH S.W.T...
•❤•Berpisah tidak gelisah....
•❤•Bertemu pasti tidak jemu....
•❤•Ukhuwah itu indah....
•❤•Bila beRtemu dan berpisah hanya kerana ALLAH....

•❤•InsyaAllah......

Masya'Allah

MaSiNnYa Air lAuT tIdAk MaMpU mEnYeRaP kE DaLAm IsI iKAn..
TeTaPi bILa IkAn tElAh MaTi..
SeCuBiT gArAm PuN sUdAh CuKuP unTuK mEmAsInKanNyA...
♥ BEGITULAH HATI ♥
HaTi YaNg HiDuP sAnGaT sUkAr DiNodAi...
TaPI,bIlA hAtI tElAH mAtI,mUdAhNyA diPeNgAruhI

Friday 2 December 2011

~Ayat Allah~

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil, serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
(Surah at-Taubah : Ayat 111)

Thursday 1 December 2011

~macam2~

Orang DIAM disangka MENYENDIRI
Orang CERIA disangka pakai sususk
Mana tau yang DIAM itu kerana BERZIKIR kepada ALLAH
Mana tau yang SENYUM itu kerana BERSEDEKAH
Mana tau yang MASAM itu kerana mengenangkan dosa
Mana tau yang MENAWAN itu kerana BERSIH HATI & MINDANYA
Mana tau yang CERIA itu kerana CERGAS & CERDASNYA
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan Ukuhwah

♥ Jangan marah saat ada yg MENGHINA,doa kan hinaan berbalik KEMULIAAN..

♥ Jangan marah saat ada yg MEMBENCI,doakan kebencian menjadi KASIH-SAYANG..

♥ Jangan marah saat ada yg MENYAKITI,doakan sakit itu berubah menjadi KEBAHAGIAAN..

♥ Jangan marah saat ada MASALAH,doakan masalah kita menjadi ladang AMAL yg bermanfaat.

♥ Jadikan KESALAHAN menjadi PENGALAMAN yg terbaik nanti agar tidak mengulanginya..

P/S :Kita sering memandang siapa yang memberi teguran..
Jika dirasa statusnya hina atau rendah maka teguran itu acapkali dibuang kesampah.

Tapi bila teguran itu datang dari seseorang atau tokoh yg kita kagumi,yg disanjung barulah kita hormat.
Kita tak akan tau siapa yang ALLAH pilih untuk menyampaikan peringatannya~~