Thursday 1 December 2011

~macam2~

Orang DIAM disangka MENYENDIRI
Orang CERIA disangka pakai sususk
Mana tau yang DIAM itu kerana BERZIKIR kepada ALLAH
Mana tau yang SENYUM itu kerana BERSEDEKAH
Mana tau yang MASAM itu kerana mengenangkan dosa
Mana tau yang MENAWAN itu kerana BERSIH HATI & MINDANYA
Mana tau yang CERIA itu kerana CERGAS & CERDASNYA
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan Ukuhwah

♥ Jangan marah saat ada yg MENGHINA,doa kan hinaan berbalik KEMULIAAN..

♥ Jangan marah saat ada yg MEMBENCI,doakan kebencian menjadi KASIH-SAYANG..

♥ Jangan marah saat ada yg MENYAKITI,doakan sakit itu berubah menjadi KEBAHAGIAAN..

♥ Jangan marah saat ada MASALAH,doakan masalah kita menjadi ladang AMAL yg bermanfaat.

♥ Jadikan KESALAHAN menjadi PENGALAMAN yg terbaik nanti agar tidak mengulanginya..

P/S :Kita sering memandang siapa yang memberi teguran..
Jika dirasa statusnya hina atau rendah maka teguran itu acapkali dibuang kesampah.

Tapi bila teguran itu datang dari seseorang atau tokoh yg kita kagumi,yg disanjung barulah kita hormat.
Kita tak akan tau siapa yang ALLAH pilih untuk menyampaikan peringatannya~~

No comments:

Post a Comment