Sunday 22 January 2012

......

Bagaimana mahu masuk syurga.....
Kalau hati berkarat dosa....
kalau iman tiada di dada....
kalau taqwa hanya dikata..

Bagaimana mahu masuk syurga.....
Kalau suka berburuk sangka....
Kalau perasaan menjadi raja.....
Kalau kalah bila di duga..

Alhamdulillah....
Perkongisan bersama sahabat...
telah menjentik hati....
hati yang amat inginkan syurga ALLAH....
hati yg impikan kesenangan yg abadi....
hati yg mengangankan kejayaan yg hakiki.....

namun.....
hati ini silap....
kerana......syurga yang dicari bukanlah sebarang syurga...
bukan syurga dunia....
tp...syurga ALLAH.....
syurga yang amat menuntut pengorbanan dari bakal2 penghuninya....
pengorbanan jiwa...pengorbanan nyawa...pengorbanan nafsu....
demi untuk mendapatkan syurga ALLAH....

kadang-kadang terfikir...
layakkkah diri untuk menempah tempat di syurga ALLAH???
jika hati sentiasa berpenyakit....
hati sering dimanja....
nafsu sering menjadi raja.....

jika dilihat....umat2 islam terdahulu....
Bilal bin Rabah rela dadanya dihempap batu dan diseret demi ALLAH YANG SATU!
Masyitah...rela direbus hidup-hidup dalam minyak mendidih kerana ALLAH YANG SATU!
Sumaiyyah relaa keluarganya dibunuh dan dirinya rela dihunus tombak demi ALLAH YANG SATU!
Ituah perjuangan2 insan yang memburu syurga ALLAH....
Mempertaruhkan nyawa demi ALLAH YANG SATU....

Begitu juga dengan saudara2 palestin kita...
Bergadai nyawa....
berbekalkan batu dan kalimah keramat...
ALLAHU AKBAR!
melawan peluru berpandu.....
demi ISLAM TERCINTA.....

Tapi kita.....
hidup dalam kesenangan...kemewahan...
dan...kebebasan beragama....
musuh utama kita xterzahir....
namun....
musuh itu sentiasa menyerang kita setiap hari.....
bersemadi dalam diri berkurun lama....
NAFSU.........

MUSUH UTAMA KITA NAFSU.....
bagaimana nak tundukkan nafsu....
semailah QANA'AH dalam diri....
sentiasa didik hati supaya bersyukur dengan setiap pemberian ALLAH....
Sentiasa cukupkan diri dengan setiap nikmat dari ALLAH....
Walaupun diberi kesakitan dan kesusahan...
ia adalah 1 nikmat dari ALLAH....
kerana...disebalik semua itu....
ada sesuatu yang lagi berharga....
dan...bajailah sifat kebergantungan pada ALLAH....
kerana....
tanpa kasih ALLAH...
kita xmungkin dapat hidup seperti sekarang....

Jika inginkan syurga ILAHI....
Bajailah TAQWA dalam diri....
bukan setakat dibibir meniti...
tapi teguhkan ia di hati....

Jika inginkan kejayaan yang abadi....
Berusahalah sebelum mati.....
Walau dunia menyeksa diri....
Kesenangan akhirat..insyaALLAH menanti.....

Syurga tidak akan datang tanpa taqwa...
Taqwa tidak akan datang tanpa rasa takut...
Takut tidak akan datang tanpa yakin....
Yakin tidak akan datang tanpa percaya...

Percaya tidak akan datang tanpa ilmu...
Ilmu tidak akan datang tanpa usaha....
Usaha tidak akan datang tanpa impian........
kerana....
dengan impian itulah...
kita akan berusaha mencari jalan....
untuk merealisasikan impian tersebut....

Sama-sama kita memperbaiki diri menjadi soldiers of ALLAH...walaupun tidak berpeluang berperang dgn israel seperti saudara2 palestin....tapi...kita tetap boleh jadi soldiers of ALLAH...dengan berperang...melawan nafsu sendiri....insyaALLAH...

No comments:

Post a Comment